Monday, November 28, 2011
3 Kata
Yeah..lagu ni ditujukan kepada mereka yang sudah lupa erti cinta
Hanya 3 kata sahaja
cukup besar maksudnya
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut
Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta
(chorus)
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut
Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta
Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa
Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
Di takdirkan berpisah
(rap)
Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan
Dengan mereka disisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga
Mempunyai bahu setia untuk kita bersandar
Pejamkan matamu
Lihat lah di hatiku
Semua kasih terhimpun,
Dibiarkan terkurung
Jadi keluarkan
Sekarang luahkan
(korus)
Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta (aku cinta padamu)
Wo aini..I Love You
Sunday, November 27, 2011
Siri Pesaing Terbaru Google
Sistem bantuan dengan nada suara, Siri, yang dipasang pada iPhone 4S adalah pesaing utama enjin carian gergasi dunia, Google, menurut bos Google Eric Schmidt.
"Apple telah memperkenalkan sistem yang benar-benar baru dalam teknologi pencarian, Siri di iPhone 4S. Sistem ini menggunakan suara dan anda akan dibantu menyelesaikan sesuatu masalah," tambah Schimidt dalam surat kepada anggota parlimen, baru-baru ini. Surat tersebut diumumkan di Senat AS.
Dia juga menyatakan bahawa Facebook dan Twitter juga pesaing selain enjin carian sedia ada seperti Bing dari Microsoft.
"Rangkaian laman sosial seperti Facebook dan Twitter juga memungkinkan pengguna internet mencari jawapan bagi persoalan mereka. Google kini bersaing dengan pelbagai kaedah pencarian informasi di alam maya. Jadi kita bukan sahaja bersaing dengan enjin carian biasa," tulis Schmidt.
Laman web terkemuka, TechCrunch menggambarkan Siri sebagai batu loncatan Apple dalam bidang enjin carian. Bahkan seorang kolumnis Forbes menyebut Siri sebagai "Pembunuh Goole".
Google ketika ini disiasat oleh badan anti-monopoli di Amerika Syarikat dan Eropah.
"Google ada banyak pesaing, jadi jika Google disebut 'mendominasi' dalam bidang pencarian, itu adalah tidak benar." kata Schmidt.
Ambik Kau..
Ada seorang cikgu tadika yang TAK PERCAYA wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.Singular & Plural
MARI BERLAJAR BAHASA INGGERIS
Seorang suami sedang mencari - cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:
Suami: Lelaki kalau kahwin tiga baru la sah.
Isteri: Kenapa pula?
Suami: Cuba terjemahkan dalam bahasa Inggeris, 'satu' is one, 'dua' is two, 'tiga' (is three). Baru betul dan sah!
Isteri: Tapi abang kena paham bahasa Inggeris, terutama tentang 'singular' dan 'plural'.
Suami: Berkenaan apa tu?
Isteri: Satu tu 'singular', dua atau lebih tu 'plural'.
Suami: Contohnya?
Isteri: One car sebagai 'singular' , two cars sebagai 'plural'. Apa bezanya?
Suami: Ohhh... Tambah huruf 's' dihujung untuk yang 'plural'.
Isteri: Betul tu. Sama jugalah untuk abang.
Suami: Macam mana pula boleh sama?
Isteri: Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS! kan dah tambah 's' je!
Subscribe to:
Posts (Atom)
