Friday, February 17, 2012

1 year Anniversary

Hello. Hari ni 18 Febuari.. Hari mula2 aku kenal dengan Seow Puiying. Dah setahun dah kita berkenalan. Beruntung sangat dapat berkawan/berkenalan dan couple dengan dia. Dia seorang yang baik hati, penyabar walaupun kadang2 cepat merajuk.. :P Aku terima dia seadanya. Aku sayangkan dia. Kalau dia free hari ni, mesti kita dah celebrate sama-sama kan. :) Suka duka pun telah kita hadapi bersama. Semoga kita berkekalan. I love u so much.. 



Saturday, February 11, 2012

Krisis

Hi.. Rasanya lama juga tak update blog ni. Hmm.. Jumaat lepas, aku ada krisis sikit dengan orang yang aku sayang. Semua ini berlaku sebab aku telah memarahi dia. Aku tau dan aku sedar aku telah menyakitkan hati dia. Tapi tak ada niat pun nak buat macam tu. Aku cuma tertekan sikit pada malam tu. Aku tak mau cakap depan-depan dia.. Takut dia akan memarahi aku.. Dan akan merajuk dengan aku. Bila aku bosan, secara kebetulan aku pun luahkan perasaan aku kat laman social. Walau aku marah dia sekali pun, percayalah bahawa tiada sikit pun perasaan benci aku terhadap diri dia. Aku terlalu mencintai dia. Aku tau aku dah buat kesilapan. Aku janji kat diri aku yang aku akan jaga dia dengan baik lepas ni. Tak akan buat dia sedih lagi. Dan tak akan sakitkan hati dia. Aku nak dia lupakan apa yang aku tulis tu, dan mulakan yang baru tanpa memikirkan lagi hal itu lagi. 18 February ni dah masuk 1 tahun dah kita berkenalan. Kalau semua ni tak berlaku, mesti dah happy kan. Tapi percayalah dalam setiap relationship, mesti ada pergaduhan. ini yang pertama buat kita kan. I'm still love you. And i need you. Aku tak akan ulangi benda yang sama aku buat kat dia ni. Harap lepas ni kita akan Happy seperti biasa.. Love u Puiying. 

slidedotcom