Wednesday, May 18, 2011

RABU 18 MEI 2011. Apa yang aku lakukan hari ini?

09.00 - 12.30

Sepatutnya aku cuti pada hari ini, tiba-tiba lak dapat sms mengatakan aku kena datang ke kelas. Baru nak plan tido lama-lama.. hahaha. Pukul 09.00 tepat macam biasalah, kelas pun bermula. Tapi apa yang peliknya aku dengan beberapa orang sahaja di dalam kelas termasuklah lecturer aku.. :D Hari tak ramai yang datang kelas pun.. Kalau datang bukannya belajar.. hahaha.. Soo.. Masing-masing wat hal sendiri la.. ada yang berbual.. main game.. tido la.. dan macam-macam lagi la.. :P Inilah yang aku lakukan sehingga tamat kelas. Hahaha.. Amacam? Best tak kelas aku? Baik tak payah datang kan? :) Tapi sebelum balik sempat juga aku bermain ping pong.. Walaupun lecturer aku tak kasi main.. hahaha.. :D

12.30 -12.55

Habis je main ping pong, aku dan kawan2 aku keluar dari kolej untuk pergi ke TS. Macam biasalah kalau kuar time2 macam ni kan. Panas gila la.. kalau pakai singlet gerenti badan yang putih tu akan menjadi kuda belang, yang gelap pula bertambah gelap.. hehehe. :) Soo... Kitorang ni kalau dah panas sangat tu malas la nak jalan kan, kita pun wat pilihan tok naik Monorel. Perrgghh.. Ingatkan memudahkan kami, tetapi.. Orang ramai gila kat atas tu sedang menunggu Monorel. Dah la time tu panas. Kena tunggu lama lak tu. Panas punya pasal terpaksalah tunggu.. Nak wat macam mana kan? Tiket dah guna.. :) Akhirnya Monorel pun sampai dan kita berhimpit untuk masuk ke dalam. Sempit x sempit.. Janji dapat masuk dan sampai ke TS tanpa kena cahaya matahari yang agak panas itu.. :)

12.55 - 13.15

Kami berjalan masuk ke TS dengan suasana yang sejuk. :) Tiba sahaja di TS, terus pergi ke cinema untuk tengok movie apa yang best. :D Rancang nak tengok cerita Kongsi, habis2 beli tike Momok plak. Hahaha.. Nak wat macam mana kan dah kawan aku sorang ni nak sangat tengok cerita Momok tu.. Soo.. Tengok jela.. Tiket pun dah dibeli dan sekarang hanya tunggu masa untuk masuk ke cinema je.

13.50 - 15.15 (aku rasa la)

Tik Tok... Tik Tok.. Tik Tok... hahaha. Masa dah berlalu dan sudah tiba masanya untuk masuk ke cinema. Dalam 10 minit kemudian, cerita pun dah mula. Mula2 je nmpak macam seram.. Tapi lepas tu mula la ada part lawak2 la.. itu la.. ini la.. hahaha. Yang x best dalam cerita Momok ni, cerita dia x habis.. banyak ending yg tahapa2 tah. Dalam masa 2 jam lebih tu, aku tengok x tengok la cerita tu.. sebab aku lebih kepada SMS dgn S.P.Y.. :) Bagi aku la kan, sms dgn dia mcm lebih menarik berbanding dengan cerita yang aku tengok tu.. :P

Hahaha... Apa2 pun.. Hari 18 hari bulan.. Setiap kali 18 hari bulan yang akan datang pastinya membuatkan aku teringat kat seseorang.. :)

No comments:

Post a Comment

slidedotcom