Sunday, November 27, 2011

Siri Pesaing Terbaru Google


Sistem bantuan dengan nada suara, Siri, yang dipasang pada iPhone 4S adalah pesaing utama enjin carian gergasi dunia, Google, menurut bos Google Eric Schmidt.

"Apple telah memperkenalkan sistem yang benar-benar baru dalam teknologi pencarian, Siri di iPhone 4S. Sistem ini menggunakan suara dan anda akan dibantu menyelesaikan sesuatu masalah," tambah Schimidt dalam surat kepada anggota parlimen, baru-baru ini. Surat tersebut diumumkan di Senat AS.

Dia juga menyatakan bahawa Facebook dan Twitter juga pesaing selain enjin carian sedia ada seperti Bing dari Microsoft.

"Rangkaian laman sosial seperti Facebook dan Twitter juga memungkinkan pengguna internet mencari jawapan bagi persoalan mereka. Google kini bersaing dengan pelbagai kaedah pencarian informasi di alam maya. Jadi kita bukan sahaja bersaing dengan enjin carian biasa," tulis Schmidt.

Laman web terkemuka, TechCrunch menggambarkan Siri sebagai batu loncatan Apple dalam bidang enjin carian. Bahkan seorang kolumnis Forbes menyebut Siri sebagai "Pembunuh Goole".

Google ketika ini disiasat oleh badan anti-monopoli di Amerika Syarikat dan Eropah.

"Google ada banyak pesaing, jadi jika Google disebut 'mendominasi' dalam bidang pencarian, itu adalah tidak benar." kata Schmidt.

No comments:

Post a Comment

slidedotcom