Monday, March 12, 2012

Have Fun With My Dear

Semalam keluar dengan orang yang tersayang (Puiying). Best sangat-sangat sebab lama dah tak berjumpa dengan dia.. Terubat la rindu bila dapat berjumpa dengan dia. Semalam aku bangun awal.. Bersemangat nak jumpa dengan Puiying. Sebelum keluar tok jumpa dengan dia, selepas solat subuh aku pergi gym jap. Workout dulu.. Sebab nanti dah takde masa dah.. Bila aku dah jumpa dengan dia, aku jadi sibuk.. Hahaha. Sebab aku nak habiskan masa aku hanya tok dia je. Tak nak fikir hal lain. Gym sampai pukul 9.00. 9.20 sampai rumah.. Sampai rumah terus mandi dan siap-siap takut lambat sebab ingatkan dia akan kuar rumah pukul 10.00. Lepas dah siap-siap semua, aku pun keluar rumah dalam pukul 10.30.. Sampai sana pukul 10.45. Tunggu puiying datang sampai dalam pukul 11.37. haha. Bila dia sampai je, kitorang pergi ke Jalan TAR.. Pergi sana sebab nak beli buku. Lepas pergi beli buku, kitorang plan nak pergi Pavilion. 

Hujan menyebabkan kitorang tak jadi pergi Pavilion, So aku tanya kat Puiying yang dia nak makan kat mana? Sungei Wang or Times Square (TS)? Dia pun pilih TS sebab kat sana ada cinema.. Boleh tengok movie sekali lepas makan. :) Sampai je kat TS, kitorang pergi beli ticket. Plan nak tengok cerita hantu (Devil Inside) tapi kat TS cerita tu tak ada. So Puiying cakap dia nak tengok cerita SeeFood. Movie start pukul 2.40, ada sejam lebih lagi. Dalam masa tu, kita tengah cari Restoran.. Tak tau nak makan apa. Puiying ajak makan kat Kenny Rogers. Kitorang pun pergi makan kat sana.. Pas order makanan, boleh lak dia nak tacing2.. sebab x kasi dia phone.. :P Tapi kejap je.. hehehe. Comel je dia wat muka tacing. :D 15 minit macam tu makanan kami pun sampai. Apa yang tak bestnya bila aku bau yang ayam aku ni macam dah busuk! Tak tau sama ada ayam atau kuah dia yang busuk! haha. Lapar punya pasal, rasa la kejap.. Tapi serious rasa busuk gila. Ni 1st & last kot makan kat sana.. Sebab dah trauma dah. makan terus sakit perut.. :(

Pas makan, Puiying main game kat phone aku.. Dia main Fruit Ninja. Hahaha. Tapi dia memang hebat, hebat sebab dapat kalahkan aku. Dia dapat markah yang lebih tinggi dari aku. Mesti kat umah dah berlatih kan?? haha. Dalam kepala mesti cakap.. 'siap la kau uzairy, aku kalahkan kau'.. haha.

Cerita pun dah start... Cerita dia ok la gak.. kelakar pun ada.. Suka dengar dia ketawa.. hehee. Comel je.. :) dalam cinema tu sejuk sangat walaupun aku pakai jaket. Tangan dah macam nak beku dah. haha. Pastu minum air sejuk. Lagi la bertambah sejuk. Puiying lagi la.. kejap2 letak tangan kat leher.. kat kerusi.. hahaha.. Sejuk sangat la tu.. :P 

Pas habis tengok movie, kitorang jalan-jalan kat TS dulu.. Tengok2 baju.. Then Puiying lak cari baju tok dia g Melaka nanti. :) Kelakar tengok dia.. Tak tau nak belikan apa tok aku sempena hadiah birthday aku. hehe. Ingatkan dia dah tau dah nak belikan apa kat aku. :D Kelakar la u Puiying. :) Time tgh cari baju, g kedai ROMP. Time nak pilih size, boleh lak tanya kat sorang brother ni. Padahal dia tu pun nak beli baju gak.. Haha. Nasib tak kena marah. :D

Jam pun dah nak pukul 6.. Puiying kena balik kul 6. So kitorang g naik Monorail.. Ramai sangat orang. Rasa macam hari sabtu je sebab selalu kuar hari sabtu. Rupa-rupanya hari isnin. Hehe. Dalam Monorail dah macam sardine dah. Sebab pack sangat.. Tapi yang penting aku sentiasa bersama dengan dia. :) Sampai Hang Tuah rasa sedih je.. Sebab Puiying dah nak balik.. :( Aku tunggu sampai dia naik tren dulu baru aku balik. Sampai di situ je pertemuan aku dgn dia.. Aku akan merindui dia.. :) Apa-apa pun, keluar dengan u semalam memang best.. Happy je.. :) See you next time my dear.. I love you So much.. 

No comments:

Post a Comment

slidedotcom